December 12, 2009

mmg PENAT

ouh, bole tahan penatnya aku hari ni
kenduri tadi, walaupun hanya berkhatan
tapi da macam orang nak kawen
tetamu nya jangan cakapla ramainya

aku pegi dalam kul 4 ptg td
sampai2 trus tolong apa yg patut di dapur
potong sayur, kupas bawang, hias pelamin
sampailah ke masak nasi minyak pun
aku tetap mambantu walaupun xseberapa

di malam hari pula
aku menjadi orang terpenting majlis
memegang amanah ygn berat
perlu sentiasa berhati2 dan berwaspada
haha .. aku menjadi pemegang duit
sume duit yg disumbangkan oleh tetamu
akan di simpan oleh aku
hanya aku yg tahu di mana 'peti besi' tersebut
hahaha ..

pukul 10 lebih aku da xtahan
perut aku btol2 da menyanyi lagu hip hop
setelah ku pastikan tetamu makin berkurangan
dan suasana lengang
dgn pantasnya aku mencapai pinggan n menadah lauk
seriusly aku mmg kelaparan
dari sesampainya aku ptg td sampai sekarang
aku belum makan apa2 makanan yg berat

pukul 11
tiada lagi tetamu yg hadir
aku gunakan kesempatan ini utk melarikan diri
berehat dan akhirnya tertidur
tidak lama kemudian
keluarga memanggilku pulang
setelah bersalaman
aku menaiki kereta dan terus chow~

sekarang sudah pukul 1 menghampiri 2 pagi
aku pikir mahu meng'update' blog ini
pada esok hari
tp entah dari mana timbulnya kerajinan
ku gagahkan jari jemari ini bekerja
dan inilah hasilnya ...

selamat malam semua

No comments:

About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com