nak dijadikan cerita, tadi macam biasa setiap ptg jumaat, aku dan kawan2 akan pergi meeting MSA kat Ohio Union.. Qilah ckp topic hari ni best, pasal "GRAVE".. aku ada gak dapat email from MSA ni, tp aku just baca sepintas lalu je la.. xperasan plak dia ada mentioned pasal topic utk hari ni..
Guest speaker utk hari ini diimport khas dari Chicago.. terbaiklah... seperti biasa, dan xtahu kenapa, kalau dgr talk for the 1st 20 minutes, mesti tersenguk dan akan terlelap dlm 2 or 3 minutes.. pastu terus segar.. selalu mcm tu, setan ni pakaikan celak yg tebal plak kat mata aku... *my bad*
ni antara isi dan summary yg aku dapat dari talk td..
1) kenapa kita harus buat banyak kebaikan dan keep going to do good deeds? sbb kita tak tahu amalan mana yang diterima ALLAH.. mungkin hanya dgn ucapan lailahailallah itu lebih diterima oleh Nya berbanding amalan2 kita yang lain.. untuk kita masuk ke dalam syurga, bukan diukur dengan berapa banyak amalan baik yang kita buat.. tapi berapa banyak amalan kita yang mendapat keredhaanNya..
2) nak dijadikan cerita betapa merciful nya ALLAH ini.. ada seorang hamba yang merayu2 supaya dikeluarkan dari negara jahanam.. lalu ALLAH angkat hamba ini sedikit dari api neraka.. hamba ini merayu lagi supaya diangkat sedikit lagi dari api neraka.. ALLAH pun mengangkatnya atas lagi dari api neraka.. hamba ini merayu lagi, "Ya ALLAH, keluarkan aku terus dari neraka ini".. ALLAH dgn rasa belas kasihanNya pun keluarkan hamba ini terus dari neraka.. lalu hamba ni pun merayu lagi, "Ya ALLAH, ini permintaan aku yg terakhir.. tempatkan aku jauh dari api neraka ini kerana aku masih lagi dapat merasa bahangnya".. lalu ALLAH tempatkan dia jauh dari bahang api neraka yg menyala2.. bila hamba ini dah jauh dari api neraka, dia mula nampak cahaya syurga.. dia meminta lagi kpd ALLAH supaya menempatkan dia dekat dgn pintu masuk syurga.. walaupun hamba ini dah berjanji tak akan buat permintaan lagi, namun ALLAH tetap tunaikan permintaannya.. bila hamba tersebut dah berada di luar pintu masuk syurga, dia mula nampak keindahan yang ada di dalam syurga.. lalu, dia meminta lagi kpd ALLAH supaya dia ditempatkan ke dalam syurga. walaupun sudah beberapa kali dia berjanji bahawa itulah permintaan terakhirnya, namun ALLAH dgn belas kasihannya, tetap juga tunaikan permintaan hamba ini.. sehinggalah hamba ini dapat masuk ke dalam syurga.. betapa merciful nya ALLAH kpd hambanya..
2) ada dua orang hamba yang telah dihisab ALLAH dan kedua2 nya gagal masuk ke syurga.. ALLAH berkata kepada hamba yg pertama, "berlarilah engkau ke dalam neraka".. lalu hamba ini pun berlari ke neraka, namun pada waktu sama dia berpaling ke belakang.. ALLAH bertanya, "mengapa engkau menoleh ke arah ku?" hamba ini menjawap bahawa dia banyak mendengar cerita tentang rahmat dan belas kasihan dari ALLAH, maka dia berharap supaya ALLAH berbelas kasihan terhadapnya juga.. akhirnya, hamba ini juga ALLAH tempatkan ke dalam syurga...
kisah hamba yg ke dua.. tatkala ALLAH menyuruhnya berlari ke dalam neraka. hamba ini berlari dgn lajunya ke arah neraka tanpa menoleh kebelakang.. lalu ALLAH bertanya, "mengapa kamu berlari bersungguh2 ke arah neraka?" hamba ini menjawap, "sepanjang hidup ku, aku xpernah mengikut segala suruhanMu, jadi kali ini biarlah aku patuh kpd arahanMu".. mendengarkan itu, ALLAH juga menempatkan hamba ini ke dalam syurga..
betapa sayangnya ALLAH kpd hamba2nya.. tapi kita selalu melupakan dia..
renungkanlah...
p/s: sorry, i'm not good at story telling~