March 04, 2011

Maksud bacaan dalam solat

fuh.. fuh.. fuh.. tiup habuk yg berkumpul kat blog ni.

As salam..

aku just nak share satu benda yang dah lama aku nak buat, tapi asik tertangguh je. so finally, after maghrib tadi aku berjaya lakukan. alhamdulillah.

dah lama aku nak cari and paham maksud bacaan dalam solat. setakat benda basic mcm takbir tu, mmg la majoriti org tau. tp kalau sampai bacaan tahiyat, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud suma tu, aku yakin masih ramai yang xtau maksudnya macam aku..

selama ni kita selalu tertanya-tanya, kenapa kita susah nak khusyuk dalam solat. so salah satu jawapannya adalah sbb kita xpaham maksud bacaan yang kita baca.

tadi lepas aku baca, memang tersentuh btol la hati aku. betapa indahnya maksud disebalik kalimah-kalimah tersebut.

so kat sini, aku nak share skali maksud bacaan dalam solat yang aku baca tadi. moga lepas ni, kita boleh lebih khusyuk dalam menunaikan solat. supaya kita rasa yang kita sedang bercakap dgn Allah dan memohon kepadaNya..

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


p/s: article ini diambil dari blog http://azizie.com/umum/maksud-atau-makna-bacaan-dalam-solat.. :)



February 16, 2011

&(*&)

mood sedang kureng mantap..
mungkin kerana effect tidur petang.. demmm!

rasa sangat malas dan xbermaya..
otak serabut tapi xtau ape yg memintalnya..
grrrr


February 08, 2011

Sungai Lui



sedang jatuh cinta dengan lagu ini.. rindu rumah.. sengaja letak yg ade lirik so boleh sama-sama menghayati..


Sabar :)

"Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya."

Surah Ali 'Imran : Ayat 159

February 05, 2011

tahu

aku tahu kau tahu apa yang aku tahu
jadi kenapa kau buat-buat tak tahu apa yang aku tahu
tolong beritahu aku apa yang aku tak tahu
supaya aku jadi tahu
dan kau tak perlu beritahu apa yang aku dah tahu
sebab aku tak nak tahu

February 02, 2011

Contest Kami Pose Comey.. iPhone.. iPhone..

anda rasa anda comel? or comey? or cute?
bukan anda sorang je ye kena rasa cmtu
kawan-kawan anda juga kena rasa diri mereka seperti anda juga

kalau anda-anda semua rasa ciri-ciri di atas mampu dipenuhi
silalah join contest di atas ini!

haha
act aku telah ditag oleh kwn baik ku utk contest ni
bunyi cm best, hadiah agak menarik
tapi aku mls la nak penuhi syarat2 contest ni
kalau nak tau apa syarat-syarat utk menang
sila rujuk blog ini *min, aku promote blog ko ni!* :))

cuma ada satu syarat je aku boleh penuhi
iaitu meng'upload gambar comel anda bersama rakan-rakan
aku duk pikir-pikir nak letak gambar apa
last-last aku decide nak pilih gambar ni


alamak, skema la plak.. mcm nk hantar gmbr utk salam perantau.. hihi :)



hah, comey x? *tak! mcm sengal je sorg2.. haha*


p/s: rasanya kalau hantar gambr aku sorg, mesti menang kan! haha~

poskad untuk anda~

buat seseorang yang jauh di mata dan juga di hati;

terima kasih kerana telah menyepikan diri sejak sekian lama
langsung tak ada khabar berita bagaikan tak wujud lagi
ouh, jauhkan lah dari perkara-perkara buruk
teruskanlah menyepikan diri ye

orang di sini mmg tak suka mendengar apa2 perkabaran
jadi tak perlu risau atau bimbang untuk menghubungi org di sini lagi ye
selamat maju jaya di mana sahaja anda berada

salam dari perantau,
mira

p/s: cuba utk menjadi se'sarcastic' mungkin~


February 01, 2011

pagi yang lawak~


pagi tadi bermula dengan biasa..
suasana tenang langsung tak menarik perhatian aku
mata mengantuk dan malas seperti biasa

keluar rumah, kunci pintu dan bersedia untuk tunggu bas
mata melihat ke arah salji di tanah/rumput/jalan
"dah tinggal sikit snow, sume pun dah nak cair"

tiba-tiba terperasan sesuatu
"kenapa minah ni jalan atas jln raya?"
buat xtau dan masih lagi menunggu bas dgn tekun
tiba-tiba terperasan lagi
"eh, mamat tu main ice skating kat sidewalk la"
masih lagi buat xtau dan menunggu bas dgn tekun

dah3 mira, jangan nak buat perangai lampi kat sini!
act mereka2 yg tersebut di atas bertindak sedemikian
kerana jalan sangat licin dengan snow2 yg bercairan
ditambah dengan air hujan
siyes, mmg licin ok.. sumpah tak tipu.. =.="

and suddenly, dalam masa yg sama
disimpang 4 tempat tunggu bas tu
ramai plak tiba-tiba orang kuar jalan kaki

hah, sila buka mata luas2 dan teliti gambar diatas.. :)

nak dijadikan cter, tiba-tiba org2 yg tersebut di atas
kecuali aku, jatuh hampir serentak
HAHAHAHA

"mira! xbaik gelakkan org"
aku xde gelak sgt masa tu, hanya senyum2 menahan gelak
tapi qilah yg kat belakang aku dah dtg dah 'high' dia
gelak macam syaaaaii...... HAHAHA

tapi kesian gak tgk dorang2 ni jatuh..
menurut news feed kat FB aku
ramai juga rakan-rakan seperjuangan yang tergolek dog hari ni
haha yang xboleh tahan, ada yg jatuh dgn basikal2 skali
HAHAHA

ok2 mira, cukup..
kihkihkih

p/s: ada sape-sape lagi jatuh hari ni? :)

January 31, 2011

wuaaa.. nak nangis!!

ok aku rase nak nangis sangat..
sedih yang teramat-amat
dah tak boleh tahan dah ni!!!!
dah nak terkuar air mata..
kesedihan yang xmampu dibendung lagi..

aku sangat rinduuuuuu akan

sushi!


boleh tak nak balik malaysia sekarang and makan sushi
semata-mata je.. dang!

percaya atau tidak, after habis je buat keja econs tadi
aku terus google, and tgk gambar2 sushi
terliur glerrr!

aku tak peduli aku nak post lagi gambar sushi

yg ni fav aku.. kanikama maki.. just crabstick :)

ini sgt lazat!! yummy :))

yg ni pun aku layan..

ok2, aku janji yg ni last pic


ahhh.. rasa mcm ngah jatuh cinta.. *dang!*

p/s: otak tgh sewel~

January 30, 2011

cara kucing mengajar manusia erti kesabaran

anda suka kucing?
pernah bela kucing di rumah?

aku suka kucing.. silap, bkn suka.. tapi sayang kucing..
aku pernah bela di rumah, dan sekarang pun masih membela kucing

ada beza kalau korang bela kucing kat rumah bersama family
dengan bela kucing sendiri macam aku sekarang
kalau kat rumah dulu, korang boleh gilir-gilir dgn ahli keluarga utk jaga kucing tu
bagi makan, mandikan, buang taik dia, ganti pasir, buang bulu
tak pun, maid korang je yang buat
kadang-kadang, keje korang just main2 je ngan kucing tu

tapi bila dah bela kucing secara bersendirian, barulah rasa cabarannya
semua benda kena buat sendiri, suka or tak, terpaksa buat
inilah yang aku ckp cara kucing ajar kita erti kesabaran

1. korang kena selalu aware dengan keadaan dia
dia main kat mana, panjat sana panjat sini, suma korang kene perhatikan.. yela takot2 dia masuk celah mana2 yang bahaya.. kan dah jadi satu keje.. cnth aku tgh khusyuk belajar.. sedar2 dia dah tak ada.. terpaksa la tgglkan keje n cari dia satu rumah.. tau2 je die dah ada kat dalam kabinet dapur n etc.. mmg la boleh biarkan je, tp kalau dah sampai masuk tempat2 yg xsepatutnye, xkanlah aku nk biarkan je..

2. jaga kebersihan rumah
paham-paham jela kucing dengan bulu2 yg berguguran ni mmg sgt sinonim.. nk peluk pun kene pikir byk kali sbb nnnt bulu2 die melekat2 kat baju.. so terpaksa la sapu rumah selalu, make sure baju sume bersih tanpa bulu, sbb nnt xleh nak bawak g solat.. sbb bulu kucing dianggap sebagai najis juga.. so klu nak solat, kenalah bersih dr najis kan.. jadi, terpaksa la make sure baju tu xde bulu2 kucing yg melekat2.. kalau sehelai dua xpe, di maafkan..

3. jaga kebersihan kucing
kalau kucing xbersih, xguna jugak jaga kebersihan rumah.. benda plg penting, kene make sure litter box die xpenuh dgn najis die.. kalau tak, mmg habislah kotor badan dia.. dan jadilah satu keja nak kene bersihkan najis2 yg melekat kat kaki dia sume.. nak bersihkan litter box die ni pun satu cabaran tau.. busukkk yang amat sgt.. kalau xkuat, mmg xbersihlah tempat melepas kucing ni..

4. suka cakar2 dan kacau orang
kucing ni kalau dtg 'high' die mmg susahlah.. suma benda nk dikejar, nk ditangkap n dicakar.. kdg2 tgh buat assgment kat laptop, boleh plak die dgn rase tdk bersalahnya berjalan2 atas keyboard aku.. aduhh.. lain yg nk ditulis, lain kuar.. sabar2... itu blum kes dia jatuhkan brg2 atas meja, periuk belanga atau hilangkan penutup perfume.. LOL

kalau korang tak kuat, agak2 boleh tak korang nak melayan kerenah n uruskan kucing ni sendiri? aku nasib baik gak la ade kawan2 kat sini yg tlg jaga kucing ni, tp still tanggungjwp tu masih besar tergalas kat bahu ni.. tak macam kat rumah dulu..

kalau pikirkan balik, kucing dah latih kita utk tempuh masa akan dtg.. cuba korang bygkan, kalau korang xkuat n sabar nak jaga kucing ni, mcm mana korang nak jaga anak korang nnt.. nak tukar lampin dia, berjaga tgh malam nk buatkan susu.. keep ur eyes on them... bkn senang seperti yg dilihat.. ok fine, klu budak tu dah besar nnt boleh urus sndr..

kita amek cnth lain.. mak bapak korang bile dah tua nnt.. dorg akan jadi mcm bayi balik.. sume benda nk diuruskan.. larat tak korang nk layan kerenah mereka nanti?? xkan la korg nk hantar g umah orang2 tua kot.. bajet la.. *aku harap aku dijauhkan dr golongan sedemikian*..

so konklusinya, sekarang ni la aku kena latih diri aku utk semua tu.. mmg la semua tu menjijikan, lagi2 bile deal ngan najis.. tp think positive dan amek kesannya sebagai pengajaran.. seboleh mungkin, kita ikhlaskan hati dan semoga apa yang kita lakukan hari ini utk makhluk Allah yg comel itu mendapat keredhaan dan dibalas dgn balasan yg sebaiknya.. Aminn..

p/s: ada sape2 tau cmne cara nak elakkan bulu kucing gugur?


January 29, 2011

it's 200!!!


yeah.. telah berjaya mencapai post yang ke-200!!

bila pikir2 balik, apa la yg aku post sampai boleh cecah 200 ni.. LOL
mungkin kalau aku active skit berblogging, dah lama cecah angka ni.. lol
terasa syg plak nk biarkan blog ni berhabuk..
xpela, klu aku rajin, ada masa dan berkeinginan nk update
aku update je la...

p/s: dah pandai buat kuih lapis... :))

January 26, 2011

S.E.P.I







January 24, 2011

yang baru atau yang diperbaharui?

As salam

uishh berhabuk sudah blog aku ni.. hahaha
semenjak kedatangan encik bujang ni, busyla skit jadinya "bajet ibu mithali"
seronok bila dah dapat bela kucing.. kdg2 tu bkn nak main sgt dengan dia
tapi kalau boleh nak dia ada selalu depan mata v(^.^)v

actually aku terpikir nak buat blog baru
even aku bukanlah rajin sgt nk update blog
tapi saje gedik2 nak buat blog baru LOL
tp syg plak nak tutup blog ni.. aku xnk delete blog ni sbb byk dah yg aku tulis
dari benda mengarut sampai benda yg ada faedah.. *walaupun agak skit*
so kalau aku nk bukak blog baru pun, aku akan private je blog yg ni

and kalau aku nk truskan guna blog ni
aku ingat nk tukar url die
i dont know why, blog aku ni slalu kene link dgn blog org lain
ntah blog sape ntah.. asik post pasal korea je.. *kalau korg perasan la*
so skunk ngah berpikir2 nk letak url ape..
kalau aku dah berjaya tukar url nnt, i'll let u guys know
insyaALLAH

p/s: saya sayang awak~

January 17, 2011

rindu awak laaa!


malam ni, kucing comel tak bernama tidur rumah sebelah.. kesian dia kena pindah sana sini.. biasalah, dah jadi kesayangan ramai, kenalah bagi layanan sama rata.. :)

sebabkan malam ni dia nak kena tidur tempat lain, habis suma bekas makan minum, cage, and litter box die kena angkut skali.. ouh ye, xlupe juga mainan bulu2 dia yg mcm batang pancing tu.. padahal tidur rumah sebelah je.. tp brg2 nak kene angkut macam orang nak pindah rumah.. haha

p/s: sunyi balik rumah ni.. rindulah!!! v(^.^)v

January 15, 2011

Hello Kitty :)


FINALLY, after 4 months kat sini, barulah aku berpeluang main dengan kucing kat US ni.. and now, i have my own cat here.. ouh okay, not mine but us.. tapi still skunk bawah jagaan aku... ktorg cari kucing ni kat craiglist and alhamdulillah, after survey punye survey, berkenaan la dgn sekor ni..

Profile ahli baru 2G;

name: piggy (previous), currently blom bagi nama baru lagi
age: 18 months
D.O.B: 14 May 2009

owner dia dulu chinese, suami dia buat phD kat OSU and isteri dia yg jaga kucing ni.. tapi landlord dorg xbagi bela pet, so terpaksa dorg cari owner baru utk kucing ni.. kalau nk diikutkan, apartment aku ni pun xleh bela kucing, tapi sbb suka punya pasal.. pandai makan, pandai la sorok.. baik betul owner kucing ni, dia bagi sume stuffs berkaitan kucing ni kat ktorg free je.. bkn skit, tapi sume keperuan kucing ni owner die bagi.. sedih jugak kan nak bg kucing kita kat org lain..

n skunk kucing yg xbernama ni ngah berlegar2 kat ruang tamu umah,, dia dah makin biasa dgn umah ni and nak bila diajak bermain.. bila aku ngah study or guna laptop, dia akan dtg dekat n gesel2.. suka sgt.. aku nk buat keje pun xfocus sbb asik usha dia je.. takot die buat benda2 bahaya..

bila pikirkan balik mcm ni agaknya perasaan mak bapak kita masa jaga kita kecik2 dulu.. risau akan suma benda.. takot salah main, salah pemakanan.. takot dan risaukan sume benda pasal kita.. tapi at the same time, kita juga yg buat dorg happy.. senang ckp, kitalah racun, kita jugakla penawar bagi dorg..

aku akan cube sebaik mungkin utk jaga kucing ni.. dgn bantuan rakan2 dan jiran tetangga.. :)

kucing yg tak bernama ni suke sgt ajak main.. bila dibiarkan sorg2, mula la dia hilangkan diri. dah aku risau,, abes selongkar ruang tamu n dapur nak cari.. tau2 je dah ade bawah sofa.. itu ok lagi,, yg aku pelik, tiba2 je die boleh ade dlm kabinet bawah sinki.. ntah mcm mane die masuk pun aku xtau.. musykil tul aku..

p/s: blom dapat ilham nak bagi nama apa.. :)

January 02, 2011

kembali ke sekolah


3 minggu dah berlalu.. rasa sekejapnyee.. urmm itulah cost yang harus ditanggung jika ingin berada di quarter system, iaitu merasai cuti yang pendek.. sedar tak sedar esok dah nak mula class semula.. rasa macam baru lagi aku habis final paper, dah nak kena belajar balik..

Alhamdulillah, cuti kali ni berjaya juga keluar dari Ohio.. winter trip yang best-awesome-tired-excited-exhausted 'mcm ulang benda sama je'... balik dari trip, ada satu minggu je lagi tinggal sebelum class bermula.. dan waktu itu digunakan sepenuhnya untuk 'stay up'.. hasilnya, biological clock menjadi tunggang terbalik.. jet lag seperti masa baru-baru menjejakkan kaki ke US..

So, malam ni harap-harap dapat tidur dengan sedikit awal dan bangun sedikit awal juga pada keesokan harinya.. 'preparation for new quarter = 0'

p/s: terpaksa cari dan buka balik peta OSU untuk identify lokasi kelas~

About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com