December 31, 2010

12/31/2010


sekarang dah pukul 1.57 am.. mata macam dah mamai sebab dok layan citer korea dari tadi.. ingatkan pergi gym jap tadi dapatlah segarkan balik badan.. tapi haram.. bila start layan korea balik, terus mengantuk..

terbaca status feeza kat fb.. baru perasaan hari ni hari terakhir bagi tahun 2010.. ouh ye, terganggu konsentrasi sekejap bila terdengar qilah skype ngan shida kat dapur sambil buat cake.. lol

okay dorang dah habis skype, sambung balik.. hah siyesly xperasaan dah hujung tahun.. uishh cepatnya masa berlalu.. awal tahun 2010 masih di malaysia.. dan kini dah hampir 4 bulan kat US.. salah satu penghijrahan terbesar dalam kamus hidup aku..

nak cakap pasal apa ek?? apa jadi sepanjang 2010? or apa azam tahun baru? or apa perasaan nak melangkah umur 21? or hidup lagi ke aku sampai hujung tahun depan? wallahualam.. minta-minta dipanjangkan lagi usia untul terus hidup di atas muka bumi kurniaan Allah ini.. konsentratsi terganggu lagi, bunyi microwave..

ok sambung.. kenangan pahit 2010?? urmm balik-balik soal cinta.. bosan kan?? so far tak ada yang pahit mana pun.. kelat-kelat sikit je.. tp bila dapat gula.. jadi manis la balik. apa aku merepek ni? skip~ kenangan manis 2010? dapat menjejakkan kaki buat pertama kali seumur hidup di bumi Amerika ni.. jauh beribu-ribu batu, terpisah dek benua dengan family..

Azam tahun baru.. ayat standard.. menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.. tak ada azam yang specific.. mana yang baik akan datang nnt, aku grab je.. insyaALLAH

okay, mari buka buku baru.. buku lama kita simpan, balut cantik-cantik, bagi title 'kenangan 2010' and simpan nicely dalam store..

p/s: melayan citer korea tak termasuk dalam azam tahun baru aku ok.. v(^.^)v

December 28, 2010

perkara yang dibenci ketika berchatting


1. merepek ke arah yg xpatutnya dan keterlaluan
2. cakap separuh-separuh
3. tiba-tiba mendiamkan diri
4. membalas dengan kadar yang lambat
5. mengulangi soalan yang sama
6. mengakhiri conversation tanpa ucapan penutup
7. buzz, say 'hi' dan terus offline

p/s: malam yang bosan~

December 27, 2010

welcome back


selamat pulang warga maynard
one week left before the new quarter begin
masih ada satu lagi subject yang perlu di register
but i dont know which one
aishhh

p/s: heartless~

December 19, 2010

senyum tak semestinya gembira
menangis tak selalunya sedih
diam tak bermakna bisu

ada orang yang tersenyum hanya untuk mengambil hati
menangis boleh disebabkan kerana menahan kemarahan
dan lebih baik diam dari menimbulkan pertelingkahan

there's should be a limit for something~

p/s: hujan oh hujan...

December 17, 2010

i hate it when you talk about us to others
i hate it when you try to remind me about our past
past is past
don't talk about it anymore
coz i just hate it
and i really hate it!!!
coz between you and me, it's over
and please,
respect my life now
i wanna change
for a better life
please leave me alone...............

December 12, 2010

bye

Hi people,

going to west coast for this winter break
hope everything is fine and going on as planned
gonna miss Columbus.. *erkk really?*
still haven't get my full result *cuak*

take care guys,

bye.....

p/s: i'm feel quite nervous + excited~

December 11, 2010


telah berjaya meng'untag' semua gambar
yang dirasakan hanya wajar disimpan di kotak memori yang paling dalam
biarkan ia terkunci rapi..

p/s: belum start packing lagi.. malas~

December 10, 2010


tiba-tiba rasa tersentap!

December 09, 2010

the end of our story~

Alhamdulillah.. segala penantian dah berakhir.. aku berjaya dengan gemilangnya mencapai kemerdekaan pada hari ini.. walaupun 'perbincangan' tadi agak genting dan memerlukan kesabaran yang tinggi, namun kata putus berjaya juga dicapai..

nasib baik tadi 'wakil penjajah' yang menggantikan Hyunju kang agak smart, handsome, comel n etc.. so kurangla sikit ketensionan yg melanda diri td.. siyesly, next quarter aku nak g economic department and search mamat tu.. korea gak rasenye... wink3~

PENGUMUMAN!

aku dah activate balik fb.. so boleh lah bertegur sapa semula di alam maya k.. tapi mcm xbest je fb skunk.. tulisan kecil, pastu profile page yg baru ni siyes burukkkk!

thanks kpd blog ku ini yg menjadi peneman sepanjang ketiadaan fb.. aku harap aku xkan lupakan kau lepas ni.. :)

p/s: tiba-tiba rasa mcm xde prasaan.. bukan saat ini ke yg kau tunggu-tunggu mira?

menjaga hati



tiap kali dengar lagu ni, mesti teringat zaman waktu kat matrik dulu..
dan mesti teringat kat dia..
aishhh~ shuh333 semua kenangan~

p/s: Hyunju kang, please be kind to me this evening~

YA ALLAH, TENANGKANLAH HATI YANG GELISAH INI

AKU MENGHARAP AKAN RAHMATMU

DAN AKU BERGANTUNG PADA TAKDIRMU

December 08, 2010


1 hari lagi

arghh tak sabarnya nak habiskan penantian nie


p/s: ayah akan berangkat ke Iran esok...

semalam lupa nak countdown.. so post ini bagi pihak semalam..

2 hari lagi

hehe...

envy~

baru habis exam anthroplogy and women's studies.. by the time pukul 11 am, dah dua paper aku berjaya tumbangkan.. teror x?? hahaha

main pts sbenarnya, aku sangat envy dengan orang yang dah habis exam, yang akan habis exam hari ni, yang akan habis exam esok pagi, yang akan habis exam esok tengah hari..

kesimpulannya aku envy dengan orang yang habis exam before aku yakni sebelum pukul 5.30 petang esok..

sekian.

p/s: perut ni xhabis-habis buat hal.. grrrr

December 07, 2010

jalan menuntut 'kemerdekaan'

tahniah kepada 'negara-negara' yang telah mencapai kemerdekaan hari ini.. di saat orang lain telah mencapai kemerdekaan, aku baru nak mula menuntut kemerdekaan pada esok hari.. insyaALLAH, perjuangan hari esok akan ditemani aqilah yang bakal menuntut kemerdekaan untuk 'negara'nya juga.

esok, 8 Dec, 'flight' kami seawal 6.50 pagi.. pertemuan dengan wakil 'penjajah' bermula pada pukul 7.30 pagi.. bagi pertemuan pertama ini, aku dan qilah akan membincangkan tentang 'our origin' sebelum dijajah.. kami juga akan membahaskan tentang asal usul nenek moyang kami yang harus di preserve.. segala ciri-ciri dan ketamadunan akan dibentangkan pada hari esok..

aku harap, perbincangan pertama esok akan berakhir awal dan lancar kerana aku harus bergegas ke Campbell Hall untuk membincangkan pula tentang masalah wanita di negara ku.. keganasan terhadap wanita di 'negara' aku semakin berleluasa dan membimbangkan semenjak kedatangan penjajah.. aku harap akan terbentuk undang-undang yang lebih efficient bagi kaum wanita selepas kemerdekaan tercapai kelak..

dan pada hari lusa, 9 Dec, akan diadakan pertemuan terakhir dengan wakil 'penjajah'.. kali ini bertempat di Jennings Hall.. pertemuan terakhir ini bakal dihadiri sekali lagi bersama aqilah dan ahli baru, syahida.. memandangkan ini pertemuan penting, jadi kami mengadakan rundingan bersama-sama dengan wakil dari 'negara-negara jajahan' yang lain.. ekonomi menjadi tajuk kemuncak kami pada persidangan kali ini.. kami menuntut agar penjajah tidak lagi masuk campur terhadap ekonomi negara kami selepas kemerdekaan kelak.. kami juga akan mencari kata putus berkenaan isu 'exchange rate (fixed/floating), interest rate, monetary/fiscal policy, balance of payment, dan trade' setelah tamatnya penjajahan.

harap-harap semua 'rundingan dan perbincangan' dapat berjalan dengan lancar. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan hambaMu ini.. Amin.

p/s: anthropology, women's studies, economics~

December 06, 2010


3 hari lagi

hari ni snow memenuhi jalan :)


p/s: i hate winter coz i can't stop eating.. grr~

for the rest of my life


okay, hari ini masih dalam mood maher zain
so, layan la lagu ni k




p/s: berangan suami aku nanti nyanyi lagu ni.. lol

Selamat Tahun Baru Hijrah

post ini ditulis selepas masuknya waktu maghrib di Columbus, Ohio dan kawasan yg sewaktu dengannya

menandakan bermulanya tahun baru bagi umat islam

so skunk dah masuk berapa hijrah??? *hah baru nak cepat2 google or tanye kawan sebelah*

sekarang ni dah masuk 1432H..

honestly, aku pun xingat, bila masuk tahun baru, baru sibuk nak ambil tahu.. :(

ok apa azam anda??

xkesahlah apa-apa pun, yang penting menuju ke arah kebaikan k~


p/s: azam aku nak jadi lebih cantik, cun dan comel.. kebaikan kan tu? hahaha *kidding*

December 05, 2010


4 hari lagi

selamat berjuang warga buckeyes

just one more week.. fight3x~


p/s: paper aku hari rabu n khamis.. wuaa cepat la habisssssss~

Open Your Eyes


Hari ni tak ada video kucing
nak share video lain pulak
tengah gila dengar Maher Zain ni




p/s: dah berapa hari ni asik xsedap perut je.. aduyai :(

December 04, 2010

hobi pelajar asrama penuh

study kat sekolah berasrama penuh (sbp) ni memang best.. xkurang jugak yg xbestnya.. satu benda yang buat aku batak bila masuk asrama adalah tahap kemengantukan yang tinggi dikalangan pelajar.. sebelum aku masuk sbp mase form 4, aku sekolah harian biasa.. tak pernah pulak aku encounter hobi tidur dalam kelas ni.. maybe masa tu ada je aktiviti waktu lapang.. bila cikgu tak ada je, ape lagi, tawaf la satu sekolah.. tapi bila aku masuk asrama, aktiviti fav aku tu xdpt dilaksanakan dengan jayanya.. sebab apa? sbb sekolah aku kecik, xpayah tawaf, dah boleh nampak satu kawasan sekolah.. dan satu lagi, sebab aku sekolah all girls.. so xde benda menarik nak dijadikan sebagai pencuci mata.. hahaha

back to hot topic, tidur.. maybe sebab bila masuk asrama, banyak sangat aktiviti yang tlh disusun.. makan, belajar, bersukan, tidur semua dah disusun.. so kita xboleh nak berehat sesuka hati macam kat rumah.. dan disebabkan jadual yang agak padat dan ditambah dengan kekurangan waktu berehat, itu yang buatkan budak-budak ini gunakan setiap kesempatan yang ada utk tidur.. tak kesah la kat mana pun.. bukan saja dalam kelas, tapi jugak kat surau, perhimpunan dan juga dewan makan.. ouh ye, dalam tandas pun boleh gak ye.. aku penah tgk kawan aku tidur berdiri dalam tandas.. hahahaha

salah satu sebab kenapa pelajar tidur dalam kelas adalah subjek atau cikgu yang bosan.. kalau dah tak minat tu, buatlah macam mana pun, akan tetap mengantuk jugak.. kecuali kalau dapat cikgu garang.. nak tak nak memang kene letak pensil dekat mata la..paksa mata untuk kelihatan sentiasa segar.. tapi kalau dapat cikgu sporting, memang lanyak la tidur habis-habisan.. buka-buka mata je kelas dah habis.. terbaik.. selalu kalau aku rasa mengantuk yang amat sangat and aku xnak manjakan diri untuk tidur.. aku akan pergi kat belakang kelas dan salin nota sambil berdiri.. kalau kat sekolah biasa, sah-sah dorang ingat budak ni kena denda.. tu yang bestnya duduk asrama.. lol

subjek yang paling aku bosan dulu masa sekolah adalah biology.. entah kenapa, susah betul aku nak masuk and paham tentang subjek ni.. masa exam je, aku keluarkanlah term2 dan process sendiri.. tapi last-last masa spm dapat gak A.. itu lagi la aku xpaham.. dorang suka kot dengan process ciptaan aku tu.. lol.. dulu subjek2 science kena belajar dalam lab.. aku memang suka la, sbb boleh dapat port tidur yang best.. sbb meja-meja dalam lab kan besar dan ada bahagian kosong kat bawah dia (korang bygkanlah meja lab kat sekolah korang, aku rasa sume skolah pun sama je bentuknya).. so ruangan kosong tu la yg dijadikan tempat tidur.. bila dah bosan, duduk bersila bawah meja.. dan tidur! cikgu tak kan perasan pun sbb dia sibuk mengajar kat depan..

satu lagi trend kat asrama adalah urut-mengurut.. memang sekolah sbp banyak melahirkan tukang-tukang urut yang berwibawa.. bila rasa ngantuk je, mula la buat muka kesian kat kawan sebelah dan mintak dia tolong picitkan tengkuk or urut-urut tangan.. sebenarnya kaedah itu xberkesan pun act.. korang akan rasa lagi mengantuk sbb best kene urut.. lol.. tapi masih ingat ada sorang kwn aku ni.. kalau urut memang aku xmengantuk pastu.. sbb dia urut mcm nak siat kulit orang.. sakit nak mati.. dan itulah kali pertama dan terakhir aku mendapatkan perkhidmatan beliau.. tobat xnak dah.. grrr

bila korang tidur, apa yang involuntary akan keluar??? hah korang pikir la sendiri apa.. so ada satu hari ni, aku pinjam la nota sejarah kawan aku.. masa aku ngah baca-baca tu, aku nampak ada satu bahagian tu kabur.. dakwat pen pudar.. aku tanyelah kat dia, "ko tertumpah air ke kat nota ko ni?".. dia pun dgn tersipu-sipunya menjawap, "itu bukan air biasa, itu air **** aku".. grrr geli aku.. terus tak jadi nak pinjam nota dia.. hahaha alah, tapi korang pun mesti pernah experience perkara yang sama kan.. yelah, bukan kita sedar benda tu nak kuar.. haha.. so pengajarannya, bila korang nak tidur, pastikan jangan tidur atas buku or nota korang.. kalau x, xpasal-pasal terbentuk peta dunia kat atas kertas tu.. wee~

p/s: gejala tidur itu masih terbawa-bawa sampai ke university.. selalu 'berzikir' masa kelas anthropology.. hehehe :)

5 hari lagi

malasnya lah nak study.. wake up!!!

cute lil cat~




p/s: mencari mood utk study~

December 03, 2010


6 hari lagi

Ya ALLAH, permudahkanlah segalanya

they really make my day~



i miss mine.. :(

malam tadi aku mimpi jumpa family.. danny pun ada.. sebab sangat rindu kat dia, aku terus peluk dia.. main-main ngan dia.. macam selalu aku buat kat rumah..

Ya ALLAH, teringin sangat nak peluk kucing..

p/s: tak tau semalam salah makan apa, perut asik memulas je.. huhu

kerana lidah

17 bahaya lidah:
  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.
"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).

p/s: peringatan untuk diri sendiri~

December 02, 2010


7 hari lagi

nantikan kemunculannya

HAHAHAHA

December 01, 2010

terima kasih

post ini di tujukan untuk kalian...,

terima kasih sebab telah bersama-sama study di SEL hari ini.. dari pukul 6 sampai 9 lebih.. siyesly aku rasa berbaloi sangat dapat belajar selama itu dengan penuh manfaatnya.. kalau kat rumah jangan haraplah aku nak stick duduk depan buku setekun itu..

seronok juga dapat berkongsi luahan rasa dengan anda semua.. tak ketinggalan laili juga ye.. tapi laili suka study kat rumah.. mummy.. hehe

balik tadi best sebab dapat jalan sambil dihujani snow.. for the first time ever. tak kesahlah orang nak cakap kita batak or whatsoever. kita dah belajar susah2 selama ni untuk berada di tahap sekarang.. untuk berada di sini..

so, we deserve it..

chaiyok kawan-kawan semua.. tinggal seminggu je lagi nak berjuang.. v(^.^)v

p/s: aku rasa aku dah patut start countdown untuk activate semula facebook.. wee~

About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Blog Archive