March 04, 2011

Maksud bacaan dalam solat

fuh.. fuh.. fuh.. tiup habuk yg berkumpul kat blog ni.

As salam..

aku just nak share satu benda yang dah lama aku nak buat, tapi asik tertangguh je. so finally, after maghrib tadi aku berjaya lakukan. alhamdulillah.

dah lama aku nak cari and paham maksud bacaan dalam solat. setakat benda basic mcm takbir tu, mmg la majoriti org tau. tp kalau sampai bacaan tahiyat, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud suma tu, aku yakin masih ramai yang xtau maksudnya macam aku..

selama ni kita selalu tertanya-tanya, kenapa kita susah nak khusyuk dalam solat. so salah satu jawapannya adalah sbb kita xpaham maksud bacaan yang kita baca.

tadi lepas aku baca, memang tersentuh btol la hati aku. betapa indahnya maksud disebalik kalimah-kalimah tersebut.

so kat sini, aku nak share skali maksud bacaan dalam solat yang aku baca tadi. moga lepas ni, kita boleh lebih khusyuk dalam menunaikan solat. supaya kita rasa yang kita sedang bercakap dgn Allah dan memohon kepadaNya..

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


p/s: article ini diambil dari blog http://azizie.com/umum/maksud-atau-makna-bacaan-dalam-solat.. :)



February 16, 2011

&(*&)

mood sedang kureng mantap..
mungkin kerana effect tidur petang.. demmm!

rasa sangat malas dan xbermaya..
otak serabut tapi xtau ape yg memintalnya..
grrrr


February 08, 2011

Sungai Lui



sedang jatuh cinta dengan lagu ini.. rindu rumah.. sengaja letak yg ade lirik so boleh sama-sama menghayati..


Sabar :)

"Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya."

Surah Ali 'Imran : Ayat 159

February 05, 2011

tahu

aku tahu kau tahu apa yang aku tahu
jadi kenapa kau buat-buat tak tahu apa yang aku tahu
tolong beritahu aku apa yang aku tak tahu
supaya aku jadi tahu
dan kau tak perlu beritahu apa yang aku dah tahu
sebab aku tak nak tahu

February 02, 2011

Contest Kami Pose Comey.. iPhone.. iPhone..

anda rasa anda comel? or comey? or cute?
bukan anda sorang je ye kena rasa cmtu
kawan-kawan anda juga kena rasa diri mereka seperti anda juga

kalau anda-anda semua rasa ciri-ciri di atas mampu dipenuhi
silalah join contest di atas ini!

haha
act aku telah ditag oleh kwn baik ku utk contest ni
bunyi cm best, hadiah agak menarik
tapi aku mls la nak penuhi syarat2 contest ni
kalau nak tau apa syarat-syarat utk menang
sila rujuk blog ini *min, aku promote blog ko ni!* :))

cuma ada satu syarat je aku boleh penuhi
iaitu meng'upload gambar comel anda bersama rakan-rakan
aku duk pikir-pikir nak letak gambar apa
last-last aku decide nak pilih gambar ni


alamak, skema la plak.. mcm nk hantar gmbr utk salam perantau.. hihi :)



hah, comey x? *tak! mcm sengal je sorg2.. haha*


p/s: rasanya kalau hantar gambr aku sorg, mesti menang kan! haha~

About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com