December 30, 2009

maap.. agak ber'emosi'

hey.. baru pas bace blog someone.. my fren
and tibe2 tergerak plak nak menetak jari jemari ni
besok off to penang n trus anta adik kat kedah
sekolah da nak bukak..

ntah kenapa aku terasa emo sikit sekarang
tadi aku g kolej, aduh.. rindunye nak start kolej balik
mase aku dlm library td, tibe2 aku terpikir
sem depan akan sama ke mcm sem2 lain bagi aku?
atau akan ade yg berubah
suasana.. kawan-kawan..
hanya tinggal kawan2 adp n beberapa a-level sahaja
akan ceriakah hidup aku nanti
atau masih memikirkan benda yg dah berlalu

beberapa hari ni aku rasa seperti ada yg kurang
apakah??
aku tertinggal sesuatu?
teringat seseorang?
atau memerlukan?
ouh aku rindu nak balik kolej
riuh rendah bila pertukaran waktu kelas
lepak kat library
berborak kat koridor belakang adp
uhhh.. cepat la 11 january

....................................................
*terdiam*

mungkin juga perasaan aku sekarang
ada kene mengena dgn tahun baru yg bakal tiba
dah nak berlalu 2009
yup.. btol la.. sbb tu..
bila aku kenangkan 2009 yg nak berakhir ni
aku jadi sebak
memikirkan apa yg telah dilalui
2009 tahun yg mencabar bg aku
bukan secara fizikal, tetapi mental dan emosi

memandangkan aku akan ke utara sampai sabtu ni
cuma ni la mase nya yg aku ada nk flashback balik
kejadian2 2009.. bermuhasabah diri

..................................................
*terdiam lagi*


..................................................
*dan terus mendiamkan diri*

December 23, 2009

Fitness First

akhirnya setelah sekian lama menunggu
dapat juga aku pergi gym and buat steam
hari ni open day for Fitness First
sesiapa yang jadi member bole bawa guest masuk
and aku telah dibawa oleh makcik ku
bersama beberapa sepupu yang lain

aha .. kat sana makcik aku la yg jadi instructor nya
semua equipment kat sana makcik aku terangkan
cara penggunaannya serta fungsinya
haha .. mmg aku try sume even aku dah letih
yela bila lg nak masuk gym free
wawawa~

after abes gym, ktorg g buat steam plak
berpeluh2 aku .. panas .. haba ..
huhuhu ..

lepas ni ingat nak jaga pemakanan la
nak kurangkan makanan yg goreng2
tak nak makan malam2 after kul 9
tapi , aku balik je td dalam kul 10
alamak .. sate .. cair trus .. hehe

hangat-hangat taik ayam jer ...!


December 21, 2009

thank you Mr. KC

Happy giler bila dapat reply dr Mr KC td
ptg td aku anta email kat die mintak tolong
tuliskan recommendation letter utk aku
aku cuak gak klu die xnak buatkan
sbb takot die busy
and lagipun aku request agak lewat

tapi Alhamdulillah
ALLAH nak permudahkan kerja aku
die setuju nak tuliskan letter tu
dan bagi kat aku before due date university

aku lega yang teramat sangat
Tuhan je la yg tahu happy nye aku masa tu
aku pilih Mr KC sbb die ajar aku dua subjects
and aku mmg active kat kelas die
sebab aku minat apa yg dia ajar
and lagi satu sbb position die
die tu head of department ape ntah
aku lupa .. tp kira ada pangkat jugak la

THANKS AGAIN SIR ..!!

Kenny Rogers


lolololololol ...
aku sgt happy sbb minggu lepas
dapat makan kenny rogers 2 kali dlm seminggu
haha .. xtau jin ape yg merasuk aku ni
sejak beberapa bulan yg lalu
aku ni da mcm hantu kenny rogers
then kalau order pun menu yang same

quarter meal
- black pepper (chicken)
- aromatic rice
- coleslaw
- mash potato
- banana (muffin)

sape2 yg nak belanja aku nanti
aku sarankan korang belanja aku Kenny Rogers k
i like ..!

December 17, 2009

orang melayu

hari rabu kelmarin, aku pergi kolej n seseri
nak settlekan hal2 pasal application uni ni
walaupun bkn 100% complete
tp dlm 50% tu kira ok la

dlm perjalanan balik dr seseri ke subang
aku naik ktm sorang2
sbb rahmah naik LRT utk balik kajang
mase aku naik kat Putra, xramai orang
so dptlah aku tempat duduk

sampai je kat kl sentral
mm paham2 je la cmne sesaknye
orang yg duduk sbelah aku, lelaki cina
dan di dpnnye yg berdiri, lelaki melayu
dorg ni gayanya org yg dah bekerja
tp masih part time study
tidak muda lg, dari rupa mmg da mcm
bapak org

mula2 dorg cter pasal uni mane yg offer
tawaran belajar plg sesuai utk dorang
sok sek sok sek sok sek ....

then tibe2 yg melayu ni pun start
"saya kalau perempuan xkisah"
"tp kalau lelaki muda mcm tadi tu mmg
tak patut btol"
"duduk pun tido je"

yg lelaki cina ni senyap je dgr cter
rupanya dorg ckp pasal penumpang2 muda
yg tak bagi tempat duduk utk org2
yg da 'berumur' mcm dorang tu

sambung lelaki melayu td ...
"cube tgk lelaki tu, duduk buat bodoh je"
"muka pun mcm penyangak"

?????
LOL
ape punya org la ckp orang lain cmtu
die pikir die tu baik sangat ke
ade ke sbb orang xbagi duduk
terus nak judge orang lain cmtu

adoii ape la masalah orang2 mcm ni
name je da keje, ada kerjaya
tp otak sempit
ntah2 orang tu penat ke ade sakit ape ke
sbb tu die xlarat nak diri, tido
salah ke??

da la tu .. suka2 ati cakap muka org
mcm penyangak ..
bajet muka die baik sangat ke
ala2 muka lindungan kaabah ?
buat malu orang melayu je
da la yg mendgrnya kaum lain
melayu kutuk melayu
sbbkan hal2 yang remeh

shame of you man ..!

Al-Fatihah

bangun je dari tido pagi tadi
aku dapat msg darik cik nu

"mak hasanah dah kembali ke rahmatullah"

terkejut dgn berita tersebut
aku pun terus hantar msg kat hasanah
menyampaikan salam takziah atas
kehilangan tersebut

moga hasanah kuat menghadapi ujian ALLAH
dan semoga arwah ibunya pergi dgn aman
dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

AL-FATIHAH...

December 14, 2009

my spy

semalam aku berpeluang tgk movie
cter terbaru arahan afdlin shouki
dan terbitan KRU production

title: my spy
venue: jusco bukit raja
time: 8.30 pm

aku meletakkan harapan yg agak tinggi
utk filem ini memandangkan ianya
adalah penulis dan terbitan
mereka2 yg selalu menghasilkan karya2 yg hebat

namun, aku agak kecewa dgn filem ini
kerana ia tidak seperti yg dibayangkan
menonton kebanyakan filem2 afdlin
membuatkan kita sudah dapat meneka
apa yang bakal berlaku dan disampaikan

jalan cerita yg agak biasa
dan lakonan ac serta harun salim bachik
membuatkan kita sudah dapat menangkap
cara2 lawak dan dialog yg akan dilontarkan
disamping itu, cerita yg agak lambat
kurangnya aksi2 lasak membuatkan
cerita ini tidak nampak seperti tajuknya

selalunya dalam ceriat2 yg melibatkan kes2 jenayah
kita dapat merasai bahagian atau situasi manakah
merupakan puncak cerita
namun, bagi aku, aku tidak merasainya
tahu2 je da nak abes
xrase pape pun

adakah kerana jalan cerita yg pendek
tidak lebih dr 90 minutes
membuatkan cerita ini terasa kosong dan longgar?

ape pun, tahniah kepada para pelakon
atas gandingan lakonan yg serasi
kesimpulanya, aku bg 3 bintang utk cerita ni
........

December 12, 2009

mmg PENAT

ouh, bole tahan penatnya aku hari ni
kenduri tadi, walaupun hanya berkhatan
tapi da macam orang nak kawen
tetamu nya jangan cakapla ramainya

aku pegi dalam kul 4 ptg td
sampai2 trus tolong apa yg patut di dapur
potong sayur, kupas bawang, hias pelamin
sampailah ke masak nasi minyak pun
aku tetap mambantu walaupun xseberapa

di malam hari pula
aku menjadi orang terpenting majlis
memegang amanah ygn berat
perlu sentiasa berhati2 dan berwaspada
haha .. aku menjadi pemegang duit
sume duit yg disumbangkan oleh tetamu
akan di simpan oleh aku
hanya aku yg tahu di mana 'peti besi' tersebut
hahaha ..

pukul 10 lebih aku da xtahan
perut aku btol2 da menyanyi lagu hip hop
setelah ku pastikan tetamu makin berkurangan
dan suasana lengang
dgn pantasnya aku mencapai pinggan n menadah lauk
seriusly aku mmg kelaparan
dari sesampainya aku ptg td sampai sekarang
aku belum makan apa2 makanan yg berat

pukul 11
tiada lagi tetamu yg hadir
aku gunakan kesempatan ini utk melarikan diri
berehat dan akhirnya tertidur
tidak lama kemudian
keluarga memanggilku pulang
setelah bersalaman
aku menaiki kereta dan terus chow~

sekarang sudah pukul 1 menghampiri 2 pagi
aku pikir mahu meng'update' blog ini
pada esok hari
tp entah dari mana timbulnya kerajinan
ku gagahkan jari jemari ini bekerja
dan inilah hasilnya ...

selamat malam semua

December 11, 2009

good morning

.............................................

selamat pagi semua
setelah tidur pada pukul 4 pagi semalam
tak sangka aku masih mampu bangun pagi
pencapaian yang hebat MIRA!

hari ni ada tugas yang perlu dilaksanakan
ada tanggungjawab yang perlu dipikul
ada insan yang menanti dibantu
ada perut yang perlu diisi
dan ada benda yang perlu di POTONG!

KENDURI!!

bukan kenduri kawen
jauh sekali kenduri arwah
cuma kenduri yang biasa kita lihat
menjelangnya cuti sekolah
yang bisa membuatkan kanak-kanak
terutamanya yang dibawah 12 tahun
mengigil ketakutan
lari keliling rumah dan tidak kurang
yang lari satu kampung .. hehe

BERKHATAN!

hari ni sepupu aku buat kenduri berkhatan
teringat pula iklan potong kat tv tu .. hehe
"nasib la kau mukhriz, hari ni giliran kau"

disbbkan kenduri ini
kami terpaksa menangguhkan percutian
yang masih samar-samar destinasinya

sudah pukul 10
aku baru sarapan dengan keluarga
mama kata tgh hari sikit la pergi kenduri
penat semalam masih tak hilang
beberapa ratus karipap telah berjaya
disiapkan oleh aku n mama
yeay!!

ok lah .. sekarang aku nak edit blog pulak
nak tengok apa yang perlu ditambah
agar kelihatan lebih menarik
chow~

...................................................

wajah baru..

sekarang ni da pukul 4 pagi.. hah? 4 pagi...
adoii, tak perasan pulak da pagi
sebuk mencari template baru utk blog ku ini

tak tahula ok or x
tp rasa mcm nk cari yang lain
huh, da xlarat mahu tido
ngantuk gler, sok pagi kene g tlg kenduri plak

pape pun aku nk minx tolong
ade sape2 bole cadangkan nama baru utk blog aku
da bosanla dgn si "kembang perawan" tu
xde idea la.. wuaaaaarghhhhhhhh

ngantuknyeee..

nite sume

hidup ni umpama ape?

betul ke orang kata hidup ni macam roda..
ada masa kita di atas dan sebaliknya..
kalau macam tu tak salah kalau aku cakap..
sekarang hidup ku berada di bawah..

macam2 perkara berlaku..
tak dinafikan, sem yang baru berlalu ini..
adalah tempoh paling mencabar bagi aku..
emosi yang terganggu..

satu gangguan yang tidak aneh mahupun pelik..
tidak pula ajaib..
namun ia mampu menggugat..

tapi..
tuhan tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan..
tak sangka aku mampu melalui tempoh ujian itu..
ya, masa adalah penawarnya..
walaupun luka itu belum pulih sepenuhnya..
namun, tiada lagi darah yang mngalir..S
Syukur... Alhamdulillah


About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com