December 17, 2009

Al-Fatihah

bangun je dari tido pagi tadi
aku dapat msg darik cik nu

"mak hasanah dah kembali ke rahmatullah"

terkejut dgn berita tersebut
aku pun terus hantar msg kat hasanah
menyampaikan salam takziah atas
kehilangan tersebut

moga hasanah kuat menghadapi ujian ALLAH
dan semoga arwah ibunya pergi dgn aman
dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

AL-FATIHAH...

December 14, 2009

my spy

semalam aku berpeluang tgk movie
cter terbaru arahan afdlin shouki
dan terbitan KRU production

title: my spy
venue: jusco bukit raja
time: 8.30 pm

aku meletakkan harapan yg agak tinggi
utk filem ini memandangkan ianya
adalah penulis dan terbitan
mereka2 yg selalu menghasilkan karya2 yg hebat

namun, aku agak kecewa dgn filem ini
kerana ia tidak seperti yg dibayangkan
menonton kebanyakan filem2 afdlin
membuatkan kita sudah dapat meneka
apa yang bakal berlaku dan disampaikan

jalan cerita yg agak biasa
dan lakonan ac serta harun salim bachik
membuatkan kita sudah dapat menangkap
cara2 lawak dan dialog yg akan dilontarkan
disamping itu, cerita yg agak lambat
kurangnya aksi2 lasak membuatkan
cerita ini tidak nampak seperti tajuknya

selalunya dalam ceriat2 yg melibatkan kes2 jenayah
kita dapat merasai bahagian atau situasi manakah
merupakan puncak cerita
namun, bagi aku, aku tidak merasainya
tahu2 je da nak abes
xrase pape pun

adakah kerana jalan cerita yg pendek
tidak lebih dr 90 minutes
membuatkan cerita ini terasa kosong dan longgar?

ape pun, tahniah kepada para pelakon
atas gandingan lakonan yg serasi
kesimpulanya, aku bg 3 bintang utk cerita ni
........

December 12, 2009

mmg PENAT

ouh, bole tahan penatnya aku hari ni
kenduri tadi, walaupun hanya berkhatan
tapi da macam orang nak kawen
tetamu nya jangan cakapla ramainya

aku pegi dalam kul 4 ptg td
sampai2 trus tolong apa yg patut di dapur
potong sayur, kupas bawang, hias pelamin
sampailah ke masak nasi minyak pun
aku tetap mambantu walaupun xseberapa

di malam hari pula
aku menjadi orang terpenting majlis
memegang amanah ygn berat
perlu sentiasa berhati2 dan berwaspada
haha .. aku menjadi pemegang duit
sume duit yg disumbangkan oleh tetamu
akan di simpan oleh aku
hanya aku yg tahu di mana 'peti besi' tersebut
hahaha ..

pukul 10 lebih aku da xtahan
perut aku btol2 da menyanyi lagu hip hop
setelah ku pastikan tetamu makin berkurangan
dan suasana lengang
dgn pantasnya aku mencapai pinggan n menadah lauk
seriusly aku mmg kelaparan
dari sesampainya aku ptg td sampai sekarang
aku belum makan apa2 makanan yg berat

pukul 11
tiada lagi tetamu yg hadir
aku gunakan kesempatan ini utk melarikan diri
berehat dan akhirnya tertidur
tidak lama kemudian
keluarga memanggilku pulang
setelah bersalaman
aku menaiki kereta dan terus chow~

sekarang sudah pukul 1 menghampiri 2 pagi
aku pikir mahu meng'update' blog ini
pada esok hari
tp entah dari mana timbulnya kerajinan
ku gagahkan jari jemari ini bekerja
dan inilah hasilnya ...

selamat malam semua

December 11, 2009

good morning

.............................................

selamat pagi semua
setelah tidur pada pukul 4 pagi semalam
tak sangka aku masih mampu bangun pagi
pencapaian yang hebat MIRA!

hari ni ada tugas yang perlu dilaksanakan
ada tanggungjawab yang perlu dipikul
ada insan yang menanti dibantu
ada perut yang perlu diisi
dan ada benda yang perlu di POTONG!

KENDURI!!

bukan kenduri kawen
jauh sekali kenduri arwah
cuma kenduri yang biasa kita lihat
menjelangnya cuti sekolah
yang bisa membuatkan kanak-kanak
terutamanya yang dibawah 12 tahun
mengigil ketakutan
lari keliling rumah dan tidak kurang
yang lari satu kampung .. hehe

BERKHATAN!

hari ni sepupu aku buat kenduri berkhatan
teringat pula iklan potong kat tv tu .. hehe
"nasib la kau mukhriz, hari ni giliran kau"

disbbkan kenduri ini
kami terpaksa menangguhkan percutian
yang masih samar-samar destinasinya

sudah pukul 10
aku baru sarapan dengan keluarga
mama kata tgh hari sikit la pergi kenduri
penat semalam masih tak hilang
beberapa ratus karipap telah berjaya
disiapkan oleh aku n mama
yeay!!

ok lah .. sekarang aku nak edit blog pulak
nak tengok apa yang perlu ditambah
agar kelihatan lebih menarik
chow~

...................................................

wajah baru..

sekarang ni da pukul 4 pagi.. hah? 4 pagi...
adoii, tak perasan pulak da pagi
sebuk mencari template baru utk blog ku ini

tak tahula ok or x
tp rasa mcm nk cari yang lain
huh, da xlarat mahu tido
ngantuk gler, sok pagi kene g tlg kenduri plak

pape pun aku nk minx tolong
ade sape2 bole cadangkan nama baru utk blog aku
da bosanla dgn si "kembang perawan" tu
xde idea la.. wuaaaaarghhhhhhhh

ngantuknyeee..

nite sume

hidup ni umpama ape?

betul ke orang kata hidup ni macam roda..
ada masa kita di atas dan sebaliknya..
kalau macam tu tak salah kalau aku cakap..
sekarang hidup ku berada di bawah..

macam2 perkara berlaku..
tak dinafikan, sem yang baru berlalu ini..
adalah tempoh paling mencabar bagi aku..
emosi yang terganggu..

satu gangguan yang tidak aneh mahupun pelik..
tidak pula ajaib..
namun ia mampu menggugat..

tapi..
tuhan tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan..
tak sangka aku mampu melalui tempoh ujian itu..
ya, masa adalah penawarnya..
walaupun luka itu belum pulih sepenuhnya..
namun, tiada lagi darah yang mngalir..S
Syukur... Alhamdulillah


About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com