December 07, 2010

jalan menuntut 'kemerdekaan'

tahniah kepada 'negara-negara' yang telah mencapai kemerdekaan hari ini.. di saat orang lain telah mencapai kemerdekaan, aku baru nak mula menuntut kemerdekaan pada esok hari.. insyaALLAH, perjuangan hari esok akan ditemani aqilah yang bakal menuntut kemerdekaan untuk 'negara'nya juga.

esok, 8 Dec, 'flight' kami seawal 6.50 pagi.. pertemuan dengan wakil 'penjajah' bermula pada pukul 7.30 pagi.. bagi pertemuan pertama ini, aku dan qilah akan membincangkan tentang 'our origin' sebelum dijajah.. kami juga akan membahaskan tentang asal usul nenek moyang kami yang harus di preserve.. segala ciri-ciri dan ketamadunan akan dibentangkan pada hari esok..

aku harap, perbincangan pertama esok akan berakhir awal dan lancar kerana aku harus bergegas ke Campbell Hall untuk membincangkan pula tentang masalah wanita di negara ku.. keganasan terhadap wanita di 'negara' aku semakin berleluasa dan membimbangkan semenjak kedatangan penjajah.. aku harap akan terbentuk undang-undang yang lebih efficient bagi kaum wanita selepas kemerdekaan tercapai kelak..

dan pada hari lusa, 9 Dec, akan diadakan pertemuan terakhir dengan wakil 'penjajah'.. kali ini bertempat di Jennings Hall.. pertemuan terakhir ini bakal dihadiri sekali lagi bersama aqilah dan ahli baru, syahida.. memandangkan ini pertemuan penting, jadi kami mengadakan rundingan bersama-sama dengan wakil dari 'negara-negara jajahan' yang lain.. ekonomi menjadi tajuk kemuncak kami pada persidangan kali ini.. kami menuntut agar penjajah tidak lagi masuk campur terhadap ekonomi negara kami selepas kemerdekaan kelak.. kami juga akan mencari kata putus berkenaan isu 'exchange rate (fixed/floating), interest rate, monetary/fiscal policy, balance of payment, dan trade' setelah tamatnya penjajahan.

harap-harap semua 'rundingan dan perbincangan' dapat berjalan dengan lancar. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan hambaMu ini.. Amin.

p/s: anthropology, women's studies, economics~

3 comments:

Rumah 2F said...

bapak smart gilerr dsar pjuangan..
leh la msuk wanita umno cnihh..

lol..

Rumah 2F said...

eh silap, Puteri Umnooo......

lol....

myra said...

ape brg umno.. aku nk tubuh parti sendr nanti.. haha

lol

About Me

My photo
an ordinary girl who wants to remain ordinary

Away from home

Daisypath Vacation tickers

Followers

For you and me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Blog Archive